Sejarah SK Jalan Kebun

Sekolah Melayu Jalan Kebun mendapat namanya dari nama kampung ini sendiri iaitu Kampung Jalan Kebun. Nama ini tercatat dalam sejarah sebelum negara mencapai kemerdekaan. Walau bagaimanapun, nama sekolah ini telah bertukar menjadi Sekolah Umum Jalan Kebun selepas 31 Ogos 1957 dan kemudian bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun sehingga hari ini.

Sekolah ini telah dibina oleh penduduk kampung secara gotong royong. Tapak bangunan sekolah ini adalah bekas rumah asap getah kepunyaan Ketua Kampung Jalan Kebun ketika itu iaitu Encik Kamiso Dimyati.

Keadaan sekolah pada ketika itu adalah bertiang kayu, berdinding kulit kayu sekerat, beratap nipah dan berlantaikan tanah. Panjangnya 56 kaki dan lebarnya 28 kaki. Luasnya pula 1568 kaki persegi dan dianggarkan boleh memuatkan pelajar seramai 104 orang.

Penubuhan sekolah ini adalah kerana bilangan penduduk kampung yang bersekolah kian bertambah, jarak ke sekolah yang jauh dari rumah, tiada kemudahan asas kesekolah seperti jalan raya dan bas serta keinginan yang tinggi untuk memiliki sebuah sekolah di tempat sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan